Frequently Asked Question

Bagaimana Boleh Kami Bantu?

Persoalan Yang Sering Ditanya

Kami menyediakan perkhidmatan guaman syariah menyeluruh termasuk perceraian, faraid & pembahagian harta pusaka, hibah & wasiat, tuntutan nafkah, pengesahan nikah, urusan poligami, wali enggan, wali hakim, tuntutan hutang , hak jagaan anak, ubah perintah, jenayah syariah, pemenjaraan di Selangor, KL, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Kos konsultasi adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan, anggaran kos bermula nilaian RM100 sehingga RM500 bergantung kepada tempoh konsultasi , penentuan lokasi konsultasi, dan kemampuan kewangan semasa pelanggan. Pihak kami sentiasa terbuka dalam penentuan kos konsultasi.

Tempoh Proses penceraian adalah tertakluk kpd situasi dan keadaan semasa terhadap fakta yang akan dikemukakan di mahkamah
Berikut merupakan anggaran pengalaman dalam mengendalikan kes penceraian ( tempoh ini tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah)
Cerai dgn persetujuan : 1-3 bulan
Cerai tanpa persetujuan (seksyen 47 , fasakh, takliq ) : 2-12bulan
Cerai tanpa persetujuan ( isu2 teknikal berbangkit) : tidak kurang dari 6bulan , dan boleh boleh melebihi 12 bulan

Boleh. Isteri boleh mohon cerai secara seksyen 47, atau fasakh walaupun suami tidak bersetuju. Mahkamah akan pertimbang alasan dan bukti anda.

Penilaian kos begantung kepada kompleksiti atau kesusahpayahan sesuatu kes. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Faraid adalah sistem pembahagian harta pusaka mengikut Hukum Syarak yang menetapkan bahagian setiap waris dengan adil. Ini mengelakkan pertikaian keluarga dan memastikan harta dibahagikan mengikut syariat Islam.

Proses bergantung kepada tahap kerjasma ahli ahli waris . Berikut adalah anggaran tempoh pengalaman kami
Mudah :1-3 bulan
Rumit : 2-8 bulan
Melibatkan kematian berlapis (lebih dari seorang simati) : 1-8 bulan

Penilaian kos bergantung kepada kompleksiti atau kesusahpayahan sesuatu kes

Secara ringkasnya

  • Hibah: Pemberian harta ketika masih hidup, berkuatkuasa serta-merta

  • Wasiat: Arahan pembahagian harta selepas kematian, maksimum 1/3 harta kepada bukan waris

Wasiat memastikan harta dibahagikan mengikut kehendak anda (dalam had syarak), mengelakkan pertikaian keluarga, dan memudahkan proses pembahagian harta selepas kematian.

  • Nafkah Iddah (3 kali suci atau 3 bulan tertakluk kepada tempoh iddah.

  • Nafkah tertunggak (yang belum dibayar semasa kahwin)

  • Nafkah anak (sehingga dewasa/berkahwin)

  • Mut'ah (bayaran saguhati kepada bekas isteri)

Anda boleh mohon tindakan penguatkuasaan termasuk potongan gaji, pembekuan akaun bank, denda, atau penjara. Kami akan bantu anda ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sebelum keputusan dibacakan atau selepas kes selesai.
Pembayaran secara ansuran dibenarkan untuk kes-kes tertentu.

Kami terima tunai, pindahan bank/online banking, kad kredit/debit, Touch 'n Go eWallet, dan pembayaran ansuran (tertakluk kelulusan).

Sila bawa:

  • Kad pengenalan (asal & salinan)

  • Sijil nikah (jika berkaitan)

  • Dokumen sokongan kes anda

  • Maklumat pihak lawan (nama, IC, alamat jika ada)

  • Sijil lahir anak jika berkaitan .
  1. Kos guaman ( Bermula dari penyediaan dokumen sehingga kes selesai)
  2. Kos kehadiran (setiap kali kehadiran ke Mahkamah)
  3. Kos runcit (bayaran runner atau pghntar notis)