Tetuan Fadhil Razak menawarkan perkhidmatan konsultasi HR yang menggabungkan kepakaran undang-undang pekerjaan dengan penyelesaian praktikal pengurusan pekerja – sesuai untuk PKS yang nak profesionalkan HR tanpa perlu hire in-house HR team yang mahal.

Kenapa HR Consultant Penting?

Ramai pemilik bisnes tak sedar bahawa isu pekerja boleh jadi liabiliti undang-undang yang serius. Antara masalah biasa yang kami jumpa:

  • Kontrak pekerja tak lengkap atau tak comply dengan Akta Kerja 1955

  • Takde sistem dokumentasi untuk tindakan disiplin atau termination

  • Tak faham peruntukan gaji, cuti, overtime dan benefits

  • Risiko kena saman unfair dismissal di Mahkamah Perusahaan

  • Struggle nak urus pekerja problem tapi takut ambil tindakan salah

Kami bantu korang selesaikan isu ni dari perspektif undang-undang dan pengurusan yang betul.

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

1. Audit & Compliance Check
Review penuh dokumentasi HR sedia ada dan kenal pasti gap atau risiko:

  • Employment contracts

  • Employee handbook / manual pekerja

  • Attendance dan leave policy

  • Pematuhan EPF, SOCSO, EIS, PCB

  • SOP disiplin dan termination

2. Penyediaan Dokumen HR Patuh Undang-Undang
Kami draf dan customize dokumen sesuai dengan industri dan saiz syarikat korang:

  • Surat tawaran kerja (offer letter)

  • Kontrak pekerjaan (employment agreement)

  • Job description yang jelas

  • Polisi cuti, MC, maternity/paternity leave

  • Polisi tatatertib dan prosedur tindakan disiplin

  • Prosedur penamatan kerja yang selamat dari segi undang-undang

3. Pengurusan Isu Pekerja & Dispute
Bantu korang handle situasi sensitif dengan betul:

  • Tindakan disiplin (show cause letter, domestic inquiry)

  • Performance improvement plan (PIP)

  • Termination / dismissal

  • Retrenchment (VSS/redundancy)

  • Mediasi konflik antara pekerja dan majikan

  • Representasi di Mahkamah Perusahaan (Industrial Court)

4. Sistem & Struktur HR
Setup sistem pengurusan pekerja yang teratur:

  • Organization chart dan structure

  • Grading system dan salary scale

  • Performance appraisal framework

  • Training dan career development plan

  • Standard operating procedures (SOP) HR

5. Advisory Berterusan (Retainer Basis)
Dapatkan akses kepada HR advisor bila-bila korang perlukan – tanpa perlu hire full-time HR manager. Kami jadi backstop untuk soalan dan situasi yang timbul sepanjang tahun.

Siapa Yang Sesuai?

  • Startup & Bisnes Baru: Setup HR foundation yang betul dari awal

  • PKS Berkembang: Dah ada 10-50 pekerja, perlu standardize sistem

  • Bisnes Keluarga: Nak profesionalkan pengurusan tanpa buang culture

  • Syarikat Ada Masalah: Tengah hadapi isu pekerja atau risiko saman