Perkhidmatan Deklarasi Hibah

Hibah adalah salah satu instrumen penting dalam perancangan harta mengikut undang-undang Islam yang membolehkan seseorang memindahkan hak milik harta kepada orang lain semasa hidupnya. Namun begitu, ramai yang terlepas pandang bahawa proses hibah ini terikat dengan rukun-rukun penting yang wajib disertakan dalam penyediaan Deklarasi Hibah bertujuan memastikan hibah yang dilaksanakan memenuhi rukun dan hukum syarak.

Peranan Deklarasi Hibah

Walaupun hibah boleh dibuat secara lisan, penggunaan dokumen bertulis melalui Deklarasi Hibah telah menjadi pilihan masyarakat kini. Dokumen Deklarasi Hibah yang lengkap berfungsi sebagai pembuktian kukuh di mahkamah sekiranya timbul pertikaian pada masa hadapan. Dokumen ini perlu mengandungi keterangan lengkap mengenai kesemua rukun hibah termasuk butiran pemberi, penerima, harta yang dihibahkan, lafaz ijab dan qabul serta tandatangan dua orang saksi.

Mahkamah Syariah telah memutuskan dalam beberapa kes bahawa dokumen seperti Borang 14A (borang pindah milik tanah) boleh diterima sebagai sighah kepada akad hibah sekiranya terdapat tandatangan pemberi dan penerima hartanah. Namun, tidak semua dokumen yang dikemukakan akan diterima sebagai bukti sekiranya mengalami kecacatan atau tidak mematuhi rukun syarak.

Bagaimana Kami Boleh Membantu

Di Tetuan Fadhil Razak, kami menyediakan perkhidmatan penyediaan Deklarasi Hibah yang komprehensif dan patuh syariah. Kami memastikan setiap dokumen hibah mengandungi kesemua rukun dan syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak untuk mengelakkan pertikaian atau ketidaksahan pada masa hadapan. Firma kami juga membantu dalam proses pendaftaran hibah di pejabat tanah dan agensi berkaitan jika melibatkan hartanah atau aset berdaftar.

Hubungi kami untuk konsultasi mengenai perancangan harta melalui hibah. Kami komited memastikan proses hibah anda dilaksanakan dengan betul mengikut syariat Islam dan perundangan Malaysia.